BENDI : PENGANGKUTAN TRADISIONAL PENUH WARISAN

Kendaraan Tradisional

ADAT, BUDAYA,DAN TRADISI

Egie Aulia Rizky

4/4/20261 min read

BENDI : PENGANGKUTAN TRADISIONAL PENUH WARISAN

Bendi ni ialah salah satu alat pengangkutan tradisional yang terkenal dalam masyarakat Minangkabau di Sumatra Barat. Kendaraan ni ditarik oleh seekor kuda dan digunakan untuk membawa penumpang dari satu tempat ke tempat lain, terutama pada zaman sebelum wujudnya kendaraan bermotor. Hingga hari ini, bendi masih dapat dilihatdi beberapa kawasan sebagai simbol budaya yang masih hidup.

Reka bentuk bendi ni cukup unik dan klasik. Tempat duduk penumpang biasanya berada di bahagian belakang, manakala kusir duduk di hadapan sambil mengawal kuda. Ada juga bendi yang dihiasi dengan ukiran sederhana dan lonceng kecil yang berbunyi setiap kali bergerak, menambahkan suasana tradisional yang begitu membuat nostalgia.

Dalam kehidupan masyarakat minangkabau dahulu, bendi memainkan peranan yang penting, bukan sahaja sebagai alat pengangkutan harian, tetapi juga digunakan dalam majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan acara adat. Ia melambangkan status, kesopanan, dan keindahan budaya status, kesopanan, dan keindahan budaya minangkabau yang kaya dengan nilai tradisi.

Walaupun saat ni telah banyak digantikan oleh kendaraan moden, bendi tetap menjadi tarikan pelancong yang nak rasai pengalaman unik menyusuri jalan dengan cara dulu. Perjalanan guna bendi ni beri ketenangan dan membawa kita seolah olah kembali ke zaman dulu.

Bendi bukan sekedar kendaraan, tetapi juga warisan budaya yang harus dipelihara. Ia mencerminkan hubunga erat antara manusia, hewan, dan alam, serta menjadi bukti kebijaksanaan masyarakat terdahulu dalam mencipta alat pengangkutan yang sederhana namun bermakna.

So, kalau korang nak rasai naik bendi ni pusing pusing bandar, jom PM BMW 2002 Tour now!

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aukia Rizky