BUKIT NOBITA: KEINDAHAN SANTAI DARI KETINGGIAN
Keindahan dari ketinggian
DESTINATION
Egie Aulia Rizky
4/27/20261 min read


Bukit Nobita ni ialah salah satu lokasi pelancongan yang semakin dikenali kat Kota Padang. Tempat ni tawarkan pemandangan semula jadi dari ketinggian yang cukup mempesona, menjadikannya pilihan ideal bagi pengunjung yang ingin nikmati suasana santai jauh daripada kesibukan harian.
Nama asal Bukit Nobita ni ialah Bukit Batu Jarang. Namun begitu, gelaran “Nobita” ni diberikan oleh masyarakat tempatan karena suasananya yang mengingatkan kepada bukit dalam seri Doraemon, tempat watak Nobita Nobi sering duduk bersantai sambil memandang ke arah langit. Kawasan bukit yang terbuka ni, berumput luas serta angin yang sepoi-sepoi bahasa menjadikan suasananya terasa nyaman dan menenangkan.
Dari puncak Bukit Nobita ni, pengunjung dapat saksikan panorama Padang secara menyeluruh. Keindahan ni lebih nampak pada waktu petang apabila langit dihiasi warna jingga keemasan saat matahari terbenam. Pemandangan ni sering jadi tarikan utama bagi para pencinta fotografi dan pengunjung yang ingin rekam momen indah. Apabila malam menjelma, suasana bertukar menjadi lebih romantik dengan kilauan lampu kota yang berkelipan di kejauhan.
Selain daripada itu, Bukit Nobita ni juga sering dijadikan sebagai lokasi untuk aktiviti santai seperti berkelah ringan, berbual bersama rakan-rakan, serta nikmati udara segar. Ada juga pengunjung yang datang untuk sekadar duduk diam sambil hayati keindahan alam, jadikan tempat ni sesuai untuk melepaskan tekanan dan mencari ketenangan.
Akses menuju ke Bukit Nobita ni tidaklah terlalu sukar. Terletak kat kawasan Lubuk Begalung, perjalanan ke sini hanya mengambil masa yang singkat dari pusat bandar. Walaupun terdapat laluan yang sedikit mencabar dengan jalan yang mendaki, pengalaman tersebut menjadi sebahagian daripada tarikan tersendiri bagi pengunjung. Disarankan untuk menggunakan kendaraan yang sesuai serta berhati-hati ketika melalui laluan tersebut, terutamanya selepas hujan.
Kemudahan di kawasan ni masih bersifat sederhana, namun itu tak mengurangkan daya tarikannya. Malah, suasana yang masih semula jadikan Bukit Nobita ni terasa lebih asli dan dekat dengan alam. Pengunjung digalakkan untuk menjaga kebersihan kawasan dengan tidak membuang sampah merata-rata agar keindahan tempat ini terus terpelihara.
So kalau korang nak kunjungi langsung Bukit Nobita ni, jom PM BMW 2002 Tour, kita akan bawa korang duduk kat sana rasai jadi Nobita tu!
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.


