GULAI TUNJANG: HIDANGAN TRADISIONAL MINANGKABAU YANG KAYA RASA

Deskripsi blog

CULINARY

Egie Aulia

3/10/20261 min read

GULAI TUNJANG: HIDANGAN TRADISIONAL MINANGKABAU YANG KAYA RASA

Gulai tunjang ni ialah salah satu hidangan tradisional Minangkabau yang terkenal kat Sumatera Barat. Tunjang ni ialah kaki lembu yang dimasak dengan kuah gulai yang pekat dan kaya dengan berbagai rempah. Hidangan ni punya rasa lemak, gurih dan sedikit pedas, sesuai bila dimakan dengan nasi putih yang hangat.

Proses memasak gulai tunjang ni biasanya bermula dengan membersihkan dan merebus kaki lembu hingga lembut. Lepas itu, tunjang dimasak dengan santan serta campuran rempah macam cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, serai, daun kunyit dan daun limau. Gabungan bahan-bahan ni akan hasilkan kuah gulai yang harum serta menyelerakan.

Keistimewaan gulai tunjang ni terletak pada tekstur tunjang yang kenyal tetapi lembut ketika dimakan. Kuah gulai yang pekat pula meresap ke dalam tunjang, menjadikan rasanya lebih kaya dan nikmat pada setiap suapan. Tidak hairanlah hidangan ini sering ditemui kat rumah makan Minangkabau yang juga jadi favorit orang orang.

Bagi masyarakat Minangkabau, gulai tunjang bukan sekadar makanan, tetapi juga sebahagian daripada warisan kuliner yang diwarisi secara turun-temurun. Hidangan ini sering disajikan dalam pelbagai majlis, sama ada makan bersama keluarga mahupun acara istimewa.

Dengan rasa yang unik serta aroma rempah yang kuat, gulai tunjang menjadi salah satu hidangan Minangkabau yang digemari ramai dan wajib dicuba oleh pencinta makanan tradisional.

Bila you all nak cuba sedapnya gulai tunjang ni, boleh ambik pakej percutian with BMW 2002 Tour. Banyak pilihan pakej yang boleh korang tengok di www.bmw2002tours.com

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aulia