ISTANO SILINDUANG BULAN, LAMBANG KEAGUNGAN ADAT MINANGKABAU

Artikel BMW 2002 Tour

DESTINATION

Egie Aulia Rizky

3/28/20261 min read

ISTANO SILINDUANG BULAN, LAMBANG KEAGUNGAN ADAT MINANGKABAU

Di tengah keindahan Batusangkar, ada kemegahan Istano Silinduang Bulan, istana yang jadi lambang kebesaran adat dan sejarah Minangkabau. Istana ni bukan sekadar bangunan indah, tetapi turut simpan kisah kegemilangan Kerajaan Pagaruyung yang pernah menjadi pusat pemerintahan dan budaya di Sumatera Barat.

Istano Silinduang Bulan dibina sebagai replika kepada istana asal Pagaruyung yang telah beberapa kali musnah akibat kebakaran. Walaupun begitu, reka bentuknya masih mengekalkan keaslian seni bina Minangkabau, dengan bumbung gonjong yang runcing dan melengkung seperti tanduk kerbau simbol identiti masyarakat Minang. Ukiran halus yang hiasi setiap sudut istana pula, dengan falsafah kehidupan, adat, serta nilai-nilai tradisional.

Nama “Silinduang Bulan” membawa maksud yang mendalam. “Silinduang” berarti pelindung, manakala “bulan” melambangkan keindahan dan kemuliaan. Gabungan ni gambarkan istana sebagai tempat bernaung yang penuh keagungan, sekaligus menjadi simbol perlindungan kepada adat dan budaya Minangkabau.

Dari sudut sejarah, kawasan ni mempunyai hubungan rapat dengan Pagaruyung, yang suatu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan raja-raja Minangkabau. Dari sini lahir sistem adat yang berpegang kepada prinsip “adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah”, yang masih diamalkan hingga kini.

Pada masa kini, Istano Silinduang Bulan jadi salah satu destinasi pelancongan budaya yang penting di Sumatera Barat. Para pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan seni bina tradisional, malah berpeluang mengenali sejarah serta warisan Minangkabau melalui koleksi pakaian adat, artifak, dan pameran yang terdapat di dalam istana.

Lebih daripada sekadar tempat lawatan, Istano Silinduang Bulan merupakan lambang identiti dan kebanggaan masyarakat Minangkabau. Ia berdiri teguh sebagai saksi sejarah, mengingatkan generasi hari mi tentang keagungan masa lalu serta pentingnya memelihara warisan budaya untuk masa hadapan.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY