KALAMAI GEGEK KULINER TRADISIONAL YANG MASIH BERTAHAN HINGGA KINI
Deskripsi blog
CULINARY
Muhammad Rafi
3/11/20262 min read


KALAMAI GEGEK KULINER TRADISIONAL YANG MASIH BERTAHAN HINGGA KINI
Kalamai gegek merupakan salah satu makanan tradisional yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat. Makanan ni terkenal dengan rasa dia yang manis dan tekstur yang lembut serta sedikit kenyal bila dimakan. Kalamai gegek biasanya dibuat daripada bahan-bahan yang sederhana seperti tepung beras, santan, dan gula merah. Walaupun bahan yang digunakan tidak terlalu banyak, tetapi hasilnya tetap sedap dan mempunyai cita rasa yang khas.
Proses pembuatan kalamai gegek memerlukan masa dan kesabaran. Bahan-bahan seperti tepung beras, santan, dan gula merah akan dicampurkan terlebih dahulu sehingga menjadi adunan. Selepas itu, adunan tersebut dimasak di dalam kuali sambil sentiasa dikacau. Proses mengacau ni penting supaya adunan tidak hangit dan dapat masak dengan sempurna. Biasanya adunan perlu dimasak agak lama sehingga teksturnya menjadi pekat dan berubah menjadi kalamai yang lembut.
Di beberapa daerah di Sumatera Barat, kalamai gegek sering dijadikan sebagai salah satu kuih tradisional yang masih dikenali hingga sekarang. Makanan ni boleh dijumpai di pasar tradisional, kedai kecil, atau dibuat sendiri di rumah. Ada juga masyarakat yang menjadikan kalamai gegek sebagai makanan untuk dinikmati bersama keluarga pada waktu santai.
Kalamai gegek juga sering dikaitkan dengan budaya dan tradisi masyarakat Minangkabau. Makanan tradisional seperti ni menunjukkan bagaimana masyarakat dahulu memanfaatkan bahan-bahan yang ada di sekitar mereka untuk menghasilkan makanan yang sedap. Selain itu, proses pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional juga menjadi salah satu keunikan dari kalamai gegek.
Walaupun pada masa sekarang sudah banyak makanan moden yang muncul, kalamai gegek masih tetap dikenali dan disukai oleh masyarakat. Ramai orang masih mencari makanan tradisional seperti ini kerana rasanya yang khas dan tidak mudah dilupakan. Bagi sesetengah orang, kalamai gegek bukan sekadar makanan biasa, tetapi juga melambangkan kekayaan kuliner dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Minangkabau.
Oleh sebab itu, kalamai gegek perlu terus diperkenalkan kepada generasi muda supaya makanan tradisional ini tidak hilang ditelan zaman. Dengan cara itu, warisan kuliner seperti kalamai gegek akan terus dikenali dan dapat dinikmati oleh ramai orang pada masa akan datang. Selain menjaga tradisi, memperkenalkan makanan seperti kalamai gegek juga dapat membuatkan masyarakat lebih menghargai kekayaan budaya yang ada di daerah mereka.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Muhammad Rafi
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.


