KAMPUANG NAN JAUH DI MATO : LAGU RINDU YANG ABADI DARI RANAH MINANG

SEJARAH DAN FUN FACT

Egie Aulia Rizky

4/16/20261 min read

Lagu “Kampuang Nan Jauh di Mato” ni ialah antara lagu klasik yang cukup terkenal dalam budaya Minangkabau. Lagu ni dicipta oleh A.R. Rizal dan sehingga kini masih kekal menjadi lagu yang dekat di hati masyarakat, khususnya anak rantau.

Seperti maksud dia dengan judul, “kampuang nan jauh di mato” membawa arti kampung yang jauh dari pandangan. Namun, maknanya tu tak hanya sekadar itu je, walaupun jauh di mata, kampung halaman tetap dekat di hati. Lagu ni gambarkan perasaan rindu yang mendalam terhadap kampung halaman, keluarga, serta suasana kehidupan yang tenang dan penuh kenangan.

Dalam kehidupan masyarakat Minangkabau, amalan merantau sudah menjadi satu tradisi yang kuat. Ramai anak muda keluar dari kampung untuk mencari rezeki dan pengalaman di tempat orang. Oleh sebab tu, lagu ni sering menjadi pengubat rindu, terutama ketika berjauhan dari keluarga tercinta.

Lirik lagu ni disampaikan dengan bahasa yang sederhana tetapi penuh makna. Irama yang mendayu-dayu pula menambahkan lagi suasana sayu, seolah-olah mengajak pendengar mengimbau kembali kenangan di kampung halaman. Tak hairanlah lagu ni terus hidup dan sering dinyanyikan semula dalam berbagai versi, ada tradisional maupun moden.

Secara keseluruhannya, “Kampuang Nan Jauh di Mato” bukan sekadar lagu hiburan, tetapi juga melambangkan identiti dan jiwa masyarakat Minangkabau. Lagu ini mengingatkan kita bahawa sejauh mana pun kita melangkah, asal-usul dan kampung halaman tetap menjadi tempat yang paling dekat di hati.

Kalau korang pun jadi rindu nak rasai sendiri suasana kampung Minang yang sebenar, jom rancang perjalanan bersama BMW 2002 Tour. Dari pemandangan alam yang memukau hingga pengalaman budaya yang autentik, semuanya boleh korang nikmati dengan lebih dekat.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY