KAMPUNG CINA BUKITTINGGI : JEJAK WARISAN DI TENGAH KOTA BERSEJARAH
Deskripsi blog
SEJARAH DAN FUN FACT
Egie Aulia Rizky
4/11/20261 min read


Di tengah bandar Bukittinggi yang famous dengan keindahan alam serta sejarahnya, terdapat sebuah kawasan unik yang dikenali sebagai Kampung Cina. Terletak berhampiran Jam Gadang, kawasan ni jadi saksi kepada keharmonian budaya yang telah berlangsung sejak sekian lama.
Kampung Cina wujud hasil kedatangan masyarakat Tionghoa yang berhijrah ke Bukittinggi pada suatu ketika dahulu untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Lama-kelamaan, mereka membina kehidupan juga berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Dari situlah terjalin hubungan yang erat antara budaya Tionghoa dan Minangkabau, yang masih dapat dilihat sehingga hari ini.
Keunikan Kampung Cina ada melalui seni bina bangunannya yang menggabungkan unsur tradisional Cina dengan sentuhan tempatan. Deretan kedai lama yang masih berdiri memberi suasana klasik dan penuh nostalgia, seolah-olah membawa pengunjung mengimbau kembali sejarah silam.
Selain nilai warisan yang tinggi, kawasan ni juga terkenal sebagai lokasi tumpuan kulinari, terutamanya pada waktu malam. Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, daripada hidangan tempatan hinggalah sajian berinspirasikan budaya Cina. Suasana yang meriah dengan cahaya lampu serta kehadiran pengunjung menjadikan Kampung Cina sebagai tempat yang hidup dan menarik.
Kampung Cina ni bukan sekadar destinasi pelancongan, ia turut mencerminkan semangat perpaduan dan toleransi antara masyarakat berbilang budaya. Keharmonian yang terjalin di kawasan ini membuktikan bahwa keragaman adalah satu keindahan yang perlu dihargai.
So kalau korang berkunjung ke Bukittinggi, Kampung Cina merupakan destinasi yang wajib disinggahi. Jom PM BMW 2002 Tour kita akan bawa korang menikmati keindahan suasana, merasai berbagai makanan, serta menghayati sejarah yang masih kekal hingga ke hari ini.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.

