KATUPEK GULAI PAKU: HIDANGAN TRADISI MINANGKABAU YANG MENGGODA SELERA

Hidangan Tradisi Miangkabau

CULINARY

Egie Aulia Rizky

4/7/20261 min read

KATUPEK GULAI PAKU: HIDANGAN TRADISI MINANGKABAU YANG MENGGODA SELERA

Katupek Gulai Paku ni ialah salah satu hidangan tradisional Minangkabau yang cukup unik dan penuh dengan cita rasa. Hidangan ni gabungkan katupek (ketupat) dengan gulai pucuk paku, iaitu sejenis tumbuhan hutan yang muda dan lembut. Rasanya yang lemak, enak menjadikan ia kegemaran ramai.

Gulai paku ni dimasak menggunakan santan pekat bersama ramuan rempah macam cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, dan lengkuas.

Katupek pula menjadi pelengkap utama yang sangat sesuai dimakan bersama kuah gulai yang kaya rempah. Teksturnya yang padat mampu menyerap kuah dengan baik, menjadikan setiap suapan terasa lebih nikmat dan memuaskan. Manakala juga ditambahkan mie dan kerupuk.

Di Sumatera Barat, Katupek Gulai Paku sering dijadikan hidangan sarapan pagi dan mudah didapati di warung-warung tradisional. Selain itu, ia juga sering dihidangkan ketika musim perayaan atau majlis adat, sebagai simbol kebersamaan dan kekayaan budaya Minangkabau.

Kalau Korang berkunjung ke Sumatera Barat, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa ni. Nak lagi mudah, PM BMW 2002 Tour kami akan bawa Korang menikmati sendiri keenakan Katupek Gulai Paku yang asli!

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aulia Rizky