Keindahan Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, Permata Islam di Ranah Minang

Deskripsi blog

DESTINATION

Egie Aulia Rizky

3/17/20261 min read

Keindahan Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, Permata Islam di Ranah Minang

Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi ni ialah salah satu masjid terbesar dan paling megah kat Sumatera Barat. Masjid yang terletak kat bandar Padang ini jadi pusat kegiatan keagamaan serta lambang kebanggaan masyarakat Minangkabau.

Nama masjid ini diambil daripada seorang ulama besar Minangkabau, iaitu Ahmad Khatib al-Minangkabawi. Beliau merupakan tokoh ulama yang sangat dihormati dan pernah menjadi imam serta guru besar di Masjidil Haram di Makkah. Ramai ulama Nusantara yang pernah menjadi murid beliau, menjadikan namanya sangat berpengaruh dalam perkembangan ilmu Islam di Alam Melayu.

Masjid ini memiliki seni bina yang unik dan moden. Berbeza dengan kebanyakan masjid lain, Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi tidak mempunyai kubah besar. Sebaliknya, bumbungnya melengkung dengan empat penjuru yang menyerupai tanduk rumah gadang, yang melambangkan identiti budaya Minangkabau. Reka bentuk ini juga diinspirasikan daripada kisah pengangkatan Hajar Aswad ketika pembinaan Ka’bah.

Selain keindahan reka bentuknya, masjid ini juga dibina dengan struktur yang tahan gempa. Hal ini penting kerana Sumatera Barat merupakan kawasan yang sering mengalami gempa bumi. Masjid ini turut direka sebagai tempat perlindungan sementara bagi masyarakat sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa atau tsunami.

Dengan ruang yang sangat luas, masjid ini mampu menampung puluhan ribu jemaah dalam satu masa. Bahagian dalamnya dihiasi dengan kaligrafi indah serta motif seni Minangkabau yang memperlihatkan perpaduan antara nilai agama dan budaya tempatan.

Saat ni, Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi bukan sahaja menjadi pusat ibadah bagi umat Islam, malah turut menjadi destinasi pelancongan religi yang sering dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar daerah. Keindahan seni binanya menjadikan masjid ini sebagai salah satu ikon penting di Ranah Minang.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aulia Rizky