LAGU BAREH SOLOK : KISAH DALAM IRAMA MINANGKABAU

Lagu Minang

SEJARAH DAN FUN FACT

Egie Aulia Rizky

4/9/20261 min read

Lagu Bareh Solok ni ialah salah satu lagu daerah yang famous dari Sumatera Barat. Lagu ni diciptakan oleh Nuskan Syarief dan menjadi bagian penting dalam warisan budaya masyarakat Minangkabau sejak dahulu. Dengan lirik yang sederhana tapi penuh makna, lagu ni mampu menggambarkan kehidupan seharian orang Minang dengan cara yang unik serta menghibur.

Keistimewaan lagu ni terletak pada ceritanya yang ringan tetapi berkesan. Lagu ni kisahkan tentang seseorang yang nikmati nasi dari Bareh Solok dengan sangat lahap sehingga terlupa akan keadaan sekelilingnya. Dalam liriknya pun digambarkan bahwa seseorang tu sampai tidak menyedari mertuanya lewat kat hadapan rumah karena terlalu asyik menikmati makanan. Unsur humor ni jadikan lagu ni mudah diingat dan disukai oleh berbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, lagu Bareh Solok pun cerminkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Minangkabau terhadap makanan, khususnya beras dari Solok. Ia bukan sekadar makanan, tetapi lambang kenikmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian. Melalui lagu ini, nilai budaya dan cara hidup masyarakat Minang disampaikan secara santai namun mendalam.

Seiring berjalannya waktu, lagu ni terus dipopulerkan oleh penyanyi-penyanyi Minang seperti Elly Kasim dan Ernie Djohan, sehingga tetap dikenali hingga ke generasi masa kini. Lagu Bareh Solok bukan sahaja menjadi hiburan, tetapi turut menjadi simbol identiti budaya Minangkabau yang kaya dengan nilai tradisi dan keunikan tersendiri.

Kini, lagu Bareh Solok masih sering didengar dalam pelbagai acara, baik majlis adat mahupun persembahan seni. Irama dan liriknya yang khas menjadikan lagu ini terus hidup dalam hati masyarakat, sebagai pengingat akan asal-usul, budaya, dan keindahan Ranah Minang.

So kalau korang nak rasai sendiri suasana budaya Minangkabau sambil nikmati kisah di sebalik lagu Bareh Solok, perjalanan ke Sumatera Barat pasti jadi pengalaman yang berkesan. With BMW 2002 Tour, Korang boleh menjelajah destinasi menarik, menikmati kuliner khas, serta merasai sendiri keunikan budaya yang selama ini hanya didengar melalui lagu.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY