LEMBAH HARAU : KEINDAHAN ALAM YANG MENAKJUBKAN DI SUMATERA BARAT
DESTINATION
Egie Aulia Pizky
3/14/20261 min read


LEMBAH HARAU : KEINDAHAN ALAM YANG MENAKJUBKAN DI SUMATERA BARAT
Lembah Harau ni ialah salah satu destinasi alam yang paling terkenal kat Sumatera Barat. Letak dia kat Kabupaten Lima Puluh Kota, lembah ni dikenali dengan tebing-tebing batu granit yang tinggi menjulang dan mengelilingi kawasan lembah yang hijau serta subur.
Tebing di Lembah Harau ni dianggarkan setinggi 100 hingga 300 meter, yang menjadikannya antara lembah yang mempunyai formasi batu yang sangat unik dan mempesona. Tebing-tebing ni pun berdiri tegak macam dinding semula jadi yang mengelilingi kawasan lembah, mencipta pemandangan yang sangat indah dan menenangkan.
Selain tebing dia yang megah, lembah ni juga punyai beberapa air terjun yang mengalir dari celah-celah batu. Air terjun tersebut menambah lagi keindahan landskap semula jadi Lembah Harau. Ketika musim hujan, aliran air menjadi lebih deras dan menjadikan suasana di kawasan ini lebih sejuk dan menyegarkan.
Di bahagian lembah pula terdapat hamparan sawah yang luas dan hijau. Gabungan antara tebing batu yang tinggi, air terjun yang jernih, serta sawah yang terbentang jadikan Lembah Harau sebagai destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi.
Kini, Lembah Harau bukan sahaja menjadi tempat untuk menikmati keindahan alam, tetapi juga jadi destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti macam mendaki, berkhemah, memanjat tebing, serta menginap di homestay yang terdapat di sekitar kawasan lembah. Keindahan alam yang luar biasa menjadikan Lembah Harau sebagai salah satu permata pelancongan yang dimiliki oleh Sumatera Barat.
So kalau korang nak tengok sendiri keindahan alam Lembah Harau ni, juga nak rasai sejuknya. Jom PM BMW 2002 Tour
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Egie Aulia Rizky
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.


