LOMPONG SAGU MAKANAN TRADISI MIANNAG YANG MAKIN RAMAI TAK KENAL
Makanan Tradisional
CULINARY
Muhammad Rafi
4/2/20261 min read


LOMPONG SAGU MAKANAN TRADISI MINANG YANG MAKIN RAMAI TAK KENAL
Lompong sagu ialah salah satu makanan tradisi dari Minangkabau yang sekarang ni makin ramai orang dah tak kenal, terutamanya golongan muda. Dulu, hidangan ni memang biasa sangat dijumpai di kampung-kampung, khususnya di kawasan macam Bukittinggi.
Lompong sagu dibuat daripada batang keladi (orang panggil lompong) yang dimasak sekali dengan sagu, santan, dan kadang-kadang ditambah ikan bilis bagi bagi lagi sedap. Batang keladi tu kena bersihkan betul-betul dulu sebab ada getah yang boleh buat rasa gatal. Lepas tu, baru dimasak sampai lembut dan kuah santan dia jadi pekat dan sebati.
Bila dah siap masak, bau dia memang wangi, lagi-lagi masa santan tengah mendidih. Tekstur dia pula lembut dengan sedikit kenyal dari sagu. Rasa dia memang unik ada sikit pahit semula jadi, tapi bercampur dengan lemak santan dan rasa masin ikan bilis, jadi balance dan sedap dengan cara dia sendiri.
Dulu, lompong sagu ni makanan harian orang kampung sebab bahan dia senang nak dapat. Tak perlu beli mahal-mahal, cukup ambil dari sekitar rumah je. Dari situ pun dah nampak macam mana orang Minang pandai guna apa yang ada untuk buat makanan yang mengenyangkan.
Tapi sekarang, benda ni dah makin jarang jumpa. Ramai anak muda lagi kenal makanan viral, fast food, atau makanan moden berbanding makanan tradisi macam ni. Sebab tu lah lompong sagu makin lama makin dilupakan.
Selain tu, tak ramai juga yang ajar atau kenalkan makanan ni pada generasi baru. Ada yang langsung tak pernah dengar pun pasal lompong sagu. Kalau macam ni berterusan, memang ada kemungkinan makanan ni hilang macam tu je.
Walaupun macam tu, masih ada usaha nak hidupkan balik makanan ni. Ada yang share resipi kat media sosial, ada juga yang bawa masuk dalam festival makanan tradisional. Slowly, orang mula kenal balik walaupun belum meluas lagi.
Kesimpulannya, lompong sagu bukan sekadar makanan biasa, tapi sebahagian daripada budaya dan identiti orang Minang. Walaupun nampak simple, sebenarnya banyak nilai dan cerita di sebalik hidangan ni. Jadi, eloklah kita sama-sama kenal dan hargai makanan tradisi macam ni sebelum betul-betul hilang.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Muhammad Rafi
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.

