PANGEK TALUA SASAU, MASAKAN MINANG LAMA YANG MASIH RAMAI TAK KENAL
Deskripsi blog
CULINARY
Muhammad Rafi
3/16/20262 min read


Masakan tradisi dari kawasan sekitar Danau Singkarak memang terkenal dengan rasa yang kuat dan penggunaan rempah yang kaya. Salah satu hidangan yang cukup dikenal oleh masyarakat Minangkabau ialah pangek talua. Walaupun bahan utamanya Cuma telur, hidangan ini tetap terasa istimewa kerana dimasak bersama pelbagai rempah seperti cili, bawang merah, bawang putih, kunyit dan juga santan. Bila semua bahan tu dimasak sekali, kuahnya jadi lemak, sedikit pedas, dan aromanya memang wangi sampai boleh buat orang terus rasa lapar.
Cara masak lauk ni sebenarnya tak susah sangat, Cuma kena pandai jaga api dan bagi rempah tu masak elok-elok supaya rasa dia betul-betul naik. Biasanya kuah dia agak pekat dan warna dia kekuningan sebab guna kunyit. Telur tu dimasak dalam kuah sampai rempah betul-betul meresap. Lauk macam ni kalau makan dengan nasi panas memang ngam, lagi-lagi kalau kuah dia masih panas, memang sedap sampai rasa nak tambah nasi lagi.
Bagi orang yang tinggal dekat kawasan Danau Singkarak, lauk ni dah lama jadi masakan kampung yang biasa dimakan dari dulu lagi. Kadang-kadang orang masak masa makan ramai-ramai dengan keluarga, atau masa tak ada lauk lain macam ikan dari danau. Walaupun nampak simple je, tapi rasa dia tetap buat orang suka dan tak cepat jemu.
Masakan macam ni juga tunjuk macam mana masyarakat Minangkabau pandai olah bahan yang biasa jadi makanan yang sedap. Dari telur yang nampak sederhana je, boleh jadi lauk yang penuh rasa. Cara masak macam ni pun sebenarnya dah diwarisi dari orang dulu lagi, sebab tu makanan tradisi Minangkabau terkenal dengan rempah yang kuat dan cara masak yang khas.
Sampai sekarang pun masih ramai masyarakat sekitar danau yang masih masak lauk ni dekat rumah. Walaupun sekarang dah banyak makanan moden, masakan kampung macam ni tetap ada peminat dia. Bagi sesetengah orang, lauk ni bukan sekadar makanan je, tapi juga mengingatkan suasana rumah, keluarga, dan kehidupan kampung yang sederhana.
Sebab tu lah masakan tradisi macam ni patut terus dikenalkan kepada generasi muda supaya tak hilang begitu je. Kalau terus diperkenalkan dan dipromosikan, makanan dari kawasan Danau Singkarak ni bukan saja dikenali oleh orang tempatan, tapi juga boleh jadi salah satu kebanggaan kuliner dari Sumatera Barat.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Muhammad Rafi
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.


