PERANTAU MINANG, PAKAR DAGANG SEJAK ZAMAN DULU

Budaya Merantau ''Pandai Berniaga''

ADAT, BUDAYA,DAN TRADISI

Egie Aulia Rizky

3/31/20261 min read

PERANTAU MINANG, PAKAR DAGANG SEJAK ZAMAN DULU

Korang tau tak? Orang minangkabau sejak dahulu lagi dikenali sebagai masyarakat yang bijak dalam dunia perniagaan. Kemana sahaja mereka pergi, mesti ada jejak usaha mereka, terutamanya dalam bidang kuliner, macam rumah makan padang yang mudah ditemui kat seluruh indonesia, bahkan hingga ke luar negara. Kehebatan ni bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan, tetapi terbentuk daripada budaya, pengalaman, dan falsafah hidup yang kuat dalam masyarakat minang.

Salah satu faktor utama yang membentuk kepandaian orang minang dalam berniaga ialah tradisi merantau mereka. Sejak usia muda, ramai anak minangkabau tinggalkan kampung halaman mereka untuk cari pengalaman dan rezeki di tempat orang. Di rantau inilah mereka belajar, memahami seluk beluk perniagaan, dan beradaptasi dengan berbagai keadaan. Pengalaman ini yang menjadi sekolah kehidupan bagi mereka, yang tak ternilai, sekaligus membentuk mental usahawan yang cekal dan berani.

Selain itu pula, orang minang juga dikenali memiliki jaringan sosial yang kuat. Sesama perantau, mereka saling tolong menolong, dari segi modal, peluang pekerjaan, maupun perkongsian ilmu. Dari sudut pendidikan awal, ramai anak orang minang sudah dikenalkan dengan dunia perniagaan sedari kecil, mereka membantu keluarga berniaga di pasar. Sebab tu mereka bijak dalam menyesuaikan jenis perniagaan mengikut keperluan masyarakat tempatan. Sebagai contoh, dimana sahaja mereka merantau, rumah padang sering jadi pilihan karena mampu memenuhi selera orang ramai.

Semua ni turut dipengaruhi oleh falsafah hidup masyarakat minangkabau, iaitu “alam takambang jadi guru”. Falsafah ini ajarkan mereka untuk senantiasa belajar daripada pengalaman dan persekitaran. Dalam dunia perniagaan, sikap ini menjadikan mereka lebih fleksibel, kreatif, dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran.

So, kalau korang nak tengok langsung perniagaan kat sumatra barat dari orang minang langsung, jom PM BMW 2002 Tour untuk korang tengok langsung, juga dapat shopping berbagai macam jenis perniagaan orang minangkabau.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Egie Aulia Rizky