PERNAH DENGAR TRADISI BASAPA? TRADISI ZIARAH YANG PENUH MAKNA DI MINANGKABAU
Artikel BMW 2002 Tour
TRADISI MINANGKABAU
Bunga Syukria
3/26/20261 min read


Kalau bercakap tentang budaya Minangkabau, memang tak habis cerita. Salah satu tradisi yang masih kekal hingga hari ini ialah Basapa. Mungkin ada yang pernah dengar, tapi belum betul-betul kenal apa yang buat tradisi ni begitu istimewa.
Basapa merupakan tradisi ziarah ke makam ulama terkenal, iaitu Syekh Burhanuddin yang terletak di Ulakan. Ia biasanya berlangsung setiap tahun, khususnya pada bulan Safar dalam kalender Islam. Pada waktu ni, suasana jadi cukup meriah orang ramai dari pelbagai daerah datang beramai-ramai untuk berziarah, berdoa, dan mengambil keberkatan.
Yang buat Basapa lebih menarik, ia bukan sekadar ziarah biasa. Tradisi ini juga jadi momen untuk berkumpul, bertemu sanak saudara, dan mengeratkan silaturahmi. Dalam masa yang sama, ia mengingatkan kembali sejarah penyebaran Islam di Minangkabau yang penuh dengan nilai dan perjuangan. Bila berada di sana, memang terasa suasana yang hidup dan penuh kebersamaan.
Selain itu, Basapa juga menunjukkan betapa masyarakat Minang sangat menghargai ulama dan warisan agama mereka. Walaupun zaman semakin moden, tradisi ini tetap dijaga dan terus diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya menjadi bukti kuatnya pegangan budaya dan nilai dalam kehidupan mereka.
Kalau kebetulan berada di Sumatera Barat waktu Basapa berlangsung, memang rugi kalau tak singgah. Bukan saja dapat lihat tradisi unik, tapi juga boleh rasa sendiri suasana yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Kalau dah sampai sini, sekalian je ambik pakej tour BMW 2002 Tour pilih pakej yang sesuai senang, tak perlu fikir panjang.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Bunga Syukria
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.


