PULAU MANDEH, TEMPAT YANG BUAT KAMERA PUN PENING NAK TANGKAP CANTIK DIA
Deskripsi blog
DESTINATION
Egie Aulia Rizky
3/19/20261 min read


PULAU MANDEH, TEMPAT YANG BUAT KAMERA PUN PENING NAK TANGKAP CANTIK DIA
Kat pesisir barat dari Sumatera Barat, ada sebuah destinasi yang makin dikenali ramai, yaitu Kawasan Wisata Mandeh. Kawasan ni sering digelar sebagai “Raja Ampat-nya Sumatera Barat” kerana keindahan lautnya yang jernih serta gugusan pulau kecil yang memukau.
Pulau Mandeh ni terletak kat Kabupaten Pesisir Selatan, kira-kira 1.5 hingga 2 jam perjalanan dari bandar Padang. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan bukit-bukit hijau dan garis pantai yang indah, menjadikan perjalanan tu sendiri satu pengalaman yang menyenangkan.
Setibanya kat Mandeh, korang akan disambut dengan suasana alam yang masih terpelihara. Air laut yang tenang sesuai untuk aktiviti macam snorkeling, berenang, dan menjelajah pulau guna bot. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Pulau Setan yang terkenal dengan pasir putihnya yang halus dan air laut berwarna biru kehijauan.
Selain itu, korang pun boleh nikmati panorama dari Puncak Mandeh. Dari sini, pemandangan gugusan pulau nampak macam lukisan alam yang sangat mempesona. Waktu matahari terbenam kat sini pun jadi momen yang sangat dinantikan kerana keindahannya yang luar biasa.
Bukan hanya alamnya yang memikat, masyarakat tempatan pun terkenal dengan keramahan mereka. Ditambah pula dengan hidangan laut segar yang lazat, pengalaman berkunjung ke Mandeh menjadi lebih bermakna dan sukar dilupakan.
So dengan segala keindahan yang dimilikinya, Pulau Mandeh ni ialah destinasi yang sempurna bagi korang yang nak cari ketenangan. Sebab tu bila korang nak kesini, jom PM BMW 2002 Tour, kita akan bawa Korang untuk rasai dan nikmati sendiri.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Egie Aulia Rizky
© 2025 BMW 2002 Tour. All Rights Reserved
BMW 2002 Tour (PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour) was founded in 2002 in Bukittinggi. With 23 years of experience, our friendly and professional team is committed to giving you the best travel experience. We offer Padang–Bukittinggi tour packages, transportation, hotel vouchers, homestays, flight tickets, and many more services to make your trip smooth and enjoyable.


